Wednesday, 2 November 2016

Resepi Ayam Kurma dan Sayur Kacang Panjang Dengan Telur

Assalamualaikum and Hai!




Hari ini terlebih rajin sikit nak belajar memasak. Hal maklumlah tengah bercuti sakan kan? Tak buat apa-apa. So, nak lah jugak belajar masak. Nak jadi perempuan melayu terakhir.haha.

First of all, nad memang tak pandai masak.Seriusly!. Tapi kalau tengok resepi bolehlah. Kira boleh blah gak lah. Boleh ditelan.hehe. So, kepada bakal suamiku *cewahh semoga awak seorang yang tak banyak kerenah okayh ;)

So, nad nak share resepi yang nad masak harinih iaitu, Ayam Kurma dan syur kacang panjang dengan telur. Ni pun nad study dulu resepinya dengan google sebelum masak.hehe. Simple je. Alangkah nad yang tak reti masak pun boleh buat.hehe. Apatah lagi korang yang sememangnya pandai masak. Okaylah jom tengok resepi okayh!

AYAM KURMA

Bahan A

Minyak
Ayam (4 ketul.Nad guna semua drumstick.hehe)
Rempah kurma (1 paket)
Santan (1 1/2 cawan kecil)
Kentang
Tomato
Air asam jawa
Garam
Cili hijau
Air

Bahan B

Bawang merah (1 biji)
Bawang putih (2 ulas)
Halia (1 inch)
Bunga lawang
Kayu manis
Buah pelaga

Cara-Cara :

1) Tumbuk bawang merah,bawang putih dan halia sekali. Kalau nak hiris pun boleh. Tapi nad rasa semak dalam kuah nanti.hehe.Dengan kentangnya lagi bagai.


2) Panaskan minyak. Tumis bahan yang ditumbuk tadi bersama bunga lawang, kayu manis dan buah pelaga sehingga wangi.

3) Masukkan rempah kurma (kalau boleh rendam sedikit dengan air). Gaul sehingga rata dan pecah minyak.

4) Masukkan santan. Biarkan mendidih. Masukkan air asam jawa sekali.

5) Masukkan kentang dan ayam. Biarkan sehingga masak.

6) Masukkan cili hijau dan tomato. Jangan lelama sangat nanti lembik tomatonya.

7)  Masukkan garam secukup rasa dan boleh hidang dah.


SAYUR KACANG PANJANG DENGAN TELUR

Bahan :

Minyak
Kacang panjang (potong serong)
Telur (1 biji)
Ikan bilis
Bawang merah (1 biji)

Cara-cara :

1) Tumbuk bawang dengan ikan bilis sekali.

2) Panaskan minyak. Masukkan bahan yang ditumbuk tadi.

3) Masukkan telur. Gaul macam nak buat scrabble.

4) Masukkan kacang panjang. Gaul sehingga kacang panjang tuh dah boleh makan.hehe

5) Masukkan garam secukup rasa dan boleh hidang dah.


No comments:

Post a Comment